Sunday, March 30, 2008

Mesyuarat Agung Kali Ke 3 Pada 30 Mac 2008

Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia Shah Alam telah diadakan pada 30 Mac 2008. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan nama-nama berikut telah dilantik untuk menerajui Persatuan bagi Sesi 2008/2009:

Pengerusi : Encik Ismail bin Mat
Naib Pengerusi: Encik Jamali bin Awi
Setiausaha: Encik Kamarulazman bin Ma'amor
Timbalan Setiausaha: Encik Asmadi bin Sukamat
Bendahari: Puan Rosni binti Basaruddin
Juru Audit 1: Encik Bahaudin bin Maani
Juru Audit 2: Encik Saad

Tahniah kepada semua yang telah dilantik!

Mesyuarat juga telah bersetuju dengan usul untuk meminda Perlembagaan Pertubuhan Persatuan berhubung perlantikan pegawai-pegawai pertubuhan (AJK). Perlembagaan Persatuan sekarang mensyaratkan perlantikan AJK mesti diadakan pada setiap tahun. Perkara ini dipinda dengan menetapkan perlantikan AJK akan diadakan pada setiap dua tahun sekali.

Mesyuarat juga membawa usul untuk menerima pakai Undang-Undang Kecil Khairat Kematian seperti yang telah dibentangkan.

Saturday, March 29, 2008

Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia (Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3)


Encik Ismail bin Mat
(Pengerusi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kerana pada tahun ini kita sekali lagi dapat berkumpul untuk sama-sama menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia, Shah Alam untuk kali yang ke 3 pada hari ini. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini diadakan pada setiap tahun seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia ini telah menjangkau 3 tahun dan sepanjang itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan oleh Persatuan untuk kebajikan penduduk setempat. Walaupun kita semua, sama ada Ahli Jawatankuasa dan penduduk, masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab hakiki, namun kesediaan semua untuk sama-sama menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit menjadikan Persatuan ini akan terus relevan dan berfungsi untuk semua penduduk.

Saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa 2007/2008 mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua penduduk dalam menjayakan pelbagai program yang dijalankan antaranya Sukaneka, Majlis Hari Raya Aidil Fitri, penyempurnaan ibadah Qurban dan gotong-royong untuk majlis kenduri-kendara penduduk setempat. Semoga apa jua aktiviti yang kita jalankan dapat mengeratkan hubungan sesama kita dan mewujudkan kesejahteraan serta keharmonian bersama.

Akhir kata, saya bagi pihak seluruh AJK memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menjalankan tanggungjawab untuk tempoh setahun yang lalu. Sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan seluruh warga Seksyen 24 Setia yang telah banyak bekerjasama dan membantu saya dalam menerajui Persatuan ini. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan.

Terima kasih dan selamat bersidang. Wassalam.


Yang menjalankan tugas,

ISMAIL BIN MAT
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3


Dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3 Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia Shah Alam Selangor akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh: 30 Mac 2008
Hari : Ahad
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Padang Permainan Jalan 7/B, Seksyen 24 Setia, Shah Alam

Semua ahli yang berdaftar dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3 ini.

Sekitar Majlis Hari Raya 2007

Majlis Hari Raya untuk warga penduduk rumah teres Seksyen 24 Setia telah diadakan pada 10 November 2008 bersamaan 29 Syawal 1428H di padang permainan Seksyen 24 Setia. Sambutan yang diberikan dan kerjasama para penduduk amat menggalakkan.

Berikut adalah antara 'caption' yang sempat dirakamkan semasa Majlis Hari Raya tersebut:-

Encik Ismail bin Mat (Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia, Shah Alam)

.
Kumpulan Marhaban Wanita & Warga 24 Setia bermarhaban












Aktiviti-Aktiviti Sepanjang 2007

Sepanjang tahun 2007, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti di bawah:-

1) Melakukan lawatan & ziarah ke rumah dan hospital terhadap penduduk yang sakit dan meninggal dunia.

2) Mengadakan perjumpaan /mesyuarat AJK setiap dua bulan sekali bagi merancang dan membincangkan program kemasyarakatan serta menangani isu/masalah semasa penduduk setempat.

3) Membuat kutipan derma dan memberikan sumbangan kepada warga kurang upaya dan anak-anak yatim sempena Syawal.

4) Memohon membaikpulih infrastruktur seperti jalan berlubang, lampu jalan yang rosak, pokok yang perlu dicantas dan penambakan padang.

5) Memohon kabin untuk dijadikan pusat operasi Persatuan untuk mengadakan perjumpaan dan mesyuarat Persatuan.

6) Memohon untuk mendapatkan kelulusan pembinaan surau.

7) Mengadakan program doa selamat sempena sambutan bulan Ramadhan.

8) Mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

9) Mengadakan program sukaneka.

10) Membantu penduduk menjayakan majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.

11) Meneruskan aktiviti Tabung Khairat Kematian untuk kebajikan penduduk.

12) Mengadakan program Ibadah Qurban sempena sambutan Aidil Adha.

Senarai AJK Persatuan (Sessi 2007/2008)

Pengerusi : Encik Ismail bin Mat

Naib Pengerusi : Encik Kamarulazman bin Ma’amor

Setiausaha : Encik Sharuddin bin Shapari

Penolong Setiausaha : Encik Mahbub bin Dardak

Bendahari : Puan Rosni binti Basaruddin

Pemeriksa Kira-Kira 1 : Encik Bahaudin bin Maani

Pemeriksa Kira-Kira 2: Puan Normah binti Yahya

AJK Jalan 24/1A : Tuan Haji Abu Hassan bin Abu Bakar

AJK Jalan 24/3A : Encik Norhani bin Othman

AJK Jalan 24/3B : Encik Aris bin Salleh

AJK Jalan 24/3C : Encik Mohd Shafie bin Ibrahim

AJK Jalan 24/3D : Encik Zainal bin Hassan

AJK Jalan 24/4 : Encik Abd Razak bin Selamun

AJK Jalan 24/5 : Ahmad Tarmizi bin Jamaluddin

AJK Jalan 24/6 : Encik Azmi bin Jaafar

AJK Jalan 24/7 : Encik Mohamed bin Abdullah

AJK Jalan 24/7A : Encik Abu Hasan bin Saad @ Syed

AJK Jalan 24/7B : Encik Asmadi bin Sukamat

Ahli Jawatankuasa : Encik Ramlee bin Mohd Salleh

Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Osman bin Ismail

Ahli Jawatankuasa : Encik Roslan bin Mohd Ali

Ahli Jawatankuasa : Puan Norsiah binti Ahmad

Ahli Jawatankuasa : Puan Salmiah binti Hussin

Ahli Jawatankuasa : Puan Leela Hayati binti Mohd Nor

Ahli Jawatankuasa : Puan Habariah binti Abu Sharif

Sejarah Ringkas Penubuhan Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, Shah Alam, Selangor

Penubuhan Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia ini bertitik tolak dengan penubuhan Jawatankuasa Penaja pada Disember 2004. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah diadakan pada 26 Disember 2004 untuk membentuk dan mendaftarkan persatuan ini.

Permohonan Pendaftaran Persatuan ini telah diajukan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Januari 2005. Kelulusan pendaftaran Persatuan ini dikeluarkan oleh ROS pada 26 September 2005 dengan nombor pendaftaran 1613-05-07.

Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penaja. Senarai AJK Penaja Penubuhan Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia adalah seperti berikut:-

  • Pengerusi : Tuan Haji Hussin bin Salleh
  • Naib Pengerusi : Encik Ismail bin Mat
  • Setiausaha : Encik Jamali bin Awi
  • Naib Setiausaha : Enck Roslan bin Ali
  • Bendahari : Puan Rosni binti Basaruddin
  • Juru Audit 1 : Encik Bahaudin bin Ma'ani
  • Juru Audit 2 : Puan Normah binti Yahya
  • Ahli Jawatankuasa:-
    • Tuan Haji Aris bin Salleh
    • Encik Ramlee bin Mohd Salleh
    • Encik Mohamed bin Abdullah
    • Encik Mohd Nor bin Abdul Rahman
    • Encik Mohd Shafie bin Ibrahim
    • Encik Azmi bin Jaafar
    • Encik Mohd Napis bin Adam
    • Encik Norhani bin Othman
    • Encik Bahaudin bin Ma'ani
    • Puan Normah binti Yahya