Tuesday, August 10, 2010

PEMBINAAN SURAU AR-RAUDHAH SEKSYEN 24 SETIA ~ SUMBANGAN AMAT DIALU-ALUKAN

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, AJK Pembinaan Surau Ar-Raudah telah berjaya mendapatkan tapak seluas 0.6 ekar di Jalan Bayam Pasir 24/4, Seksyen 24, Shah Alam. Pembinaan surau ini adalah untuk kemudahan penduduk setempat (dari Blok 32 hingga Blok 42 dan penduduk rumah teres 24 Setia) yang dianggarkan seramai 3500 orang (95% beragama Islam). Kawasan ini belum mempunyai surau dan masjid yang terdekat ialah Masjid Al-Ehsan Seksyen 24.
MEMOHON SUMBANGAN
Memohon sumbangan jariah daripada individu, persatuan, pertubuhan dan syarikat korporat untuk pembinaan surau ini dengan anggaran kos sebanyak RM450,000.00

OBJEKTIF PEMBINAAN
  • Menyediakan tempat yang selesa untuk beribadah dan menjalankan program keilmuan & keagamaan untuk masyarakat Muslim setempat.
  • Merapatkan silaturrahim dengan penduduk setempat.
  • Pusat kegiatan masyarakat setempat.
PERLAKSANAAN
  • Peringkat 1 : Berjaya mendapatkan kelulusan tapak surau daripada MBSA.
  • Peringkat 2 : Proses melakukan ukur tapak dan pembinaan pelan bangunan.
  • Peringkat 3 : Berjaya mendapatkan kelulusan MAIS & JAIS.
  • Peringkat 4 : Pengumpulan dana dan pembinaan Bangunan Surau.

KAEDAH SUMBANGAN

  1. Sumbangan Ikhlas.
  2. Wakaf Tapak Surau dengan nilai RM100.00 SKP
  3. Wakaf Bangunan Surau dengan nilai RM1000.00 SKP

SALURAN SUMBANGAN
  1. Sumbangan melalui cek/kiriman wang/deraf bank/wang pos atas nama "SURAU AR-RAUDAH"
  2. Sumbangan melalui deposit terus/pindahan wang kepada akaun SURAU AR-RAUDAH - Bank Islam - No. Akaun : 12038010088312. Sila emailkan salinan transaksi dan nama anda untuk tujuan rekod kepada 24setia@gmail.com
  3. Wang tunai

WAKIL PENERIMA DANA YANG DILANTIK MAIS

  1. En. Ismail bin Mat (013-2521716)
  2. En. Jamali bin Awi (012-2526041)
  3. En. Harun bin Ahmad
  4. En. Abdul Hadi bin Tabrani
  5. Pn. Rosni binti Basaruddin
  6. En. Ahmad Tarmizi bin Jamaluddin
  7. En. Raimal Azizi bin Abdul Rahim
  8. En. Ramle bin Mohd Salleh
  9. En. Abd Kadir bin Idris
  10. En. Abdul Majid bin Mohd Anuar
Tapak Surau Seksyen 24 Setia

Salam Ramadhan

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga 24 Setia dan pengunjung-pengunjung blog.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan kepada kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa!

Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin kepada seluruh warga penduduk 24 Setia.

Semoga Syawal tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga Aidil Fitri ini juga merapatkan silaturrahim yang sedia ada.

Salam Aidil Fitri,
Ismail bin Mat
Pengerusi

Tuesday, April 22, 2008

ARKIB 1: PROGRAM SUKANEKA PADA 24 JUN 2007

Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, melalui Biro Sukan & Kebudayaan telah menganjurkan Program Sukaneka pada 24 Jun 2007 dengan jayanya. Tahniah kepada Encik Shafie Ibrahim, Pengerusi Biro Sukan & Kebudayaan yang telah berjaya menganjurkan program dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa beliau berserta AJK Induk.

Urusetia Sukaneka di meja pendaftaran

Kaunter kupon makanan dan minuman


Laris nampaknya 'bisnes' En Anip kita...

Program Sukaneka ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga 24 Setia. Jumlah kehadiran adalah seramai 500 orang (melebihi jangkaan asal iaitu 300 orang). Secara khususnya, program ini telah berjaya merapatkan hubungan silaturahim sesama warga 24 Setia.

Wow.. banyak hadiah tuu...!!!


Kategori Sukaneka:

1) Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun

2) Kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun

3) Kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun

1) Wanita (Remaja & Dewasa)

2) Lelaki (Remaja & Dewasa)

3) Terbuka (Campuran)


Acara Sukaneka:

1) Kanak-kanak umur 4 – 6 tahun

i- Susun Tin

ii- 4 Dalam 1

- Bawa bola

- Susun Tin

- Kutip gula-gula

- Lari ke garisan penamat

2) Kanak-kanak umur 7 – 9 tahun

i- Bawa bola pingpong dengan sudu

ii- Junjung kotak atas kepala

iii- 4 Dalam 1

- Tiup belon sampai pecah

- Baling bola dalam gelung

- Bawa bola dengan tangan di belakang

- Lari dan bawa bola ke garisan penamat


1) Kanak-kanak umur 10 – 12 tahun

i- Pancing botol

ii- 4 Dalam 1

- Baling bola dalam gelung

- ‘Skipping’ dengan gelung

- Junjung kotak

- Tiup belon sampai pecah

2) Wanita


i- Terompah gergasi

ii- Boling padang

iii- Tarik tali


3) Lelaki

i- Tarik tali

ii- Terompah gergasi

iii- Boling padang


4) Terbuka

i- Menganyam ketupat



ii-
Baling ‘bom’

iii-
Laluan berliku







Sunday, March 30, 2008

Mesyuarat Agung Kali Ke 3 Pada 30 Mac 2008

Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia Shah Alam telah diadakan pada 30 Mac 2008. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan nama-nama berikut telah dilantik untuk menerajui Persatuan bagi Sesi 2008/2009:

Pengerusi : Encik Ismail bin Mat
Naib Pengerusi: Encik Jamali bin Awi
Setiausaha: Encik Kamarulazman bin Ma'amor
Timbalan Setiausaha: Encik Asmadi bin Sukamat
Bendahari: Puan Rosni binti Basaruddin
Juru Audit 1: Encik Bahaudin bin Maani
Juru Audit 2: Encik Saad

Tahniah kepada semua yang telah dilantik!

Mesyuarat juga telah bersetuju dengan usul untuk meminda Perlembagaan Pertubuhan Persatuan berhubung perlantikan pegawai-pegawai pertubuhan (AJK). Perlembagaan Persatuan sekarang mensyaratkan perlantikan AJK mesti diadakan pada setiap tahun. Perkara ini dipinda dengan menetapkan perlantikan AJK akan diadakan pada setiap dua tahun sekali.

Mesyuarat juga membawa usul untuk menerima pakai Undang-Undang Kecil Khairat Kematian seperti yang telah dibentangkan.

Saturday, March 29, 2008

Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia (Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3)


Encik Ismail bin Mat
(Pengerusi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kerana pada tahun ini kita sekali lagi dapat berkumpul untuk sama-sama menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia, Shah Alam untuk kali yang ke 3 pada hari ini. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini diadakan pada setiap tahun seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia ini telah menjangkau 3 tahun dan sepanjang itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan oleh Persatuan untuk kebajikan penduduk setempat. Walaupun kita semua, sama ada Ahli Jawatankuasa dan penduduk, masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab hakiki, namun kesediaan semua untuk sama-sama menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit menjadikan Persatuan ini akan terus relevan dan berfungsi untuk semua penduduk.

Saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa 2007/2008 mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua penduduk dalam menjayakan pelbagai program yang dijalankan antaranya Sukaneka, Majlis Hari Raya Aidil Fitri, penyempurnaan ibadah Qurban dan gotong-royong untuk majlis kenduri-kendara penduduk setempat. Semoga apa jua aktiviti yang kita jalankan dapat mengeratkan hubungan sesama kita dan mewujudkan kesejahteraan serta keharmonian bersama.

Akhir kata, saya bagi pihak seluruh AJK memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menjalankan tanggungjawab untuk tempoh setahun yang lalu. Sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan seluruh warga Seksyen 24 Setia yang telah banyak bekerjasama dan membantu saya dalam menerajui Persatuan ini. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan.

Terima kasih dan selamat bersidang. Wassalam.


Yang menjalankan tugas,

ISMAIL BIN MAT
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3


Dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3 Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia Shah Alam Selangor akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh: 30 Mac 2008
Hari : Ahad
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Padang Permainan Jalan 7/B, Seksyen 24 Setia, Shah Alam

Semua ahli yang berdaftar dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke 3 ini.